Tevaeng Inu by Idang Bulan Handicraft

Display Only

•Ini adalah Rantai Asal Orang Ulu yang dipanggil 'Tevaeng Inu'. Ia diperbuat daripada tanah liat ataupun gelas/glass (glass beads). Ia mempunyai berbagai corak, saiz dan warna. Loket yang bulat merah di tengah itu dipanggil 'kabu'. Ia diperbuat dari bahan yang sama kecuali bentuknya yang kecil dan halus. Harga/nilai rantai itu terpulang kepada Keaslian biji manik yang disusun dalam rantai tersebut.
•Kalau manik biasa harganya adalah dari RM80.00-RM180.00. Jikalau di rantai itu terdapat biji manik uang Asli, harganya boleh mencecah ratusan Ringgit malah boleh sampai ribuan Ringgit. Biji manik yang betul-betul Asli itu di antaranya ialah : Kemuhit, Lukut Do, Tebuk Adang, Bua Batang Uma, Kelem Bela dan masih banyak lagi yang lain. Rantai ini boleh dipakai oleh perempuan dan lelaki.

Click here to Learn More

Click here to Purchase